SPAOH: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini meluangkan masa mengadakan perjumpaan bersama pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Betong dan beberapa orang wakil dari Kampung Melayu di Spaoh.

Tujuan perjumpaan bagi membincangkan perkembangan pelaksanaan cadangan projek naik taraf ban dengan kos RM5 juta di Tanjung Sebekut, Spaoh yang merupakan kawasan tanaman padi.

Dengan siapnya projek naik taraf itu kelak, kaedah moden penanaman dan penuaian padi dengan penggunaan mesin dapat diaplikasikan di kawasan tersebut.

Datuk Amar Douglas yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap ADUN Bukit Saban turut membincangkan cadangan projek pembinaan Pasar Baru Spaoh di bawah agensi pelaksananya, Majlis Daerah Betong.

Projek dengan kos RM5 juta itu melibatkan pembinaan bangunan dua tingkat yang kini dalam proses tender.