MIRI: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Dadah Miri menahan dua lelaki masing-masing membawa 1,010 gram ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine bernilai RM80,000 dalam dua serbuan berasingan di sini.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, kegiatan kedua-dua penghantar makanan itu terdedah setelah salah seorang suspek, 43, dicekup di hadapan sebuah kondominium berhampiran Jalan Tanjong Lobang sekitar jam 2.45 petang.

Dedahnya, hasil maklumat diperoleh daripada suspek pertama, polis berjaya menjejak seorang lagi suspek berusia 45 tahun di tepi Jalan Chia Tze Chin sekitar jam 4 petang pada hari sama.

“Hasil pemeriksaan ketika serbuan, masing-masing membawa lima peket plastik lut sinar berisi ketulan kristal disyaki dadah Methamphetamine seberat 1,010 gram.

“Modus operandi suspek dikenal pasti dengan menyembunyikan barangan kes ke dalam termos,” jelasnya dalam satu kenyataan kelmarin.

Tambahnya, turut dirampas, lima botol termos dan tiga te-lefon bimbit pelbagai jenis. Susulan itu, katanya, keduadua suspek kini ditahan.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.