JAKARTA: Pentadbiran Presiden Joko Widodo atau Jokowi dilaporkan membelanjakan lebih Rp90.45 bilion (RM25.06 juta) hanya untuk pempengaruh (influencer), menurut Penyelidik Pemerhati Rasuah Indonesia (ICW), Egi Primayogha.

Berdasarkan data Perkhidmatan Perolehan Elektronik (LPSE) yang diperoleh ICW, Egi berkata sejumlah 40 capaian yang menggunakan kata kunci pengaruh dan pemimpin pendapat utama ditemui sejak awal era pemerintahan Jokowi.

“Anggaran perbelanjaan untuk pempengaruh semakin kuat selepas 2017.

“Sejak itu ia semakin meningkat pada tahun-tahun berikutnya, ” kata Egi seperti dipetik oleh Tempo.Co.

Secara umum katanya, jumlah belanjawan kerajaan pusat untuk aktiviti digital sahaja melibatkan Rp 1.29 trilion sejak 2014.

Peningkatan yang ketara berlaku dari 2016 hingga 2017. Manakala pada 2016, anggaran untuk aktiviti digital sahaja melibatkan Rp606 juta untuk satu pakej perolehan.

Namun katanya, pada 2017, jumlah itu meningkat itu kepada 24 pakej dengan jumlah anggaran Rp535.9 bilion.

Berdasarkan data tersebut, Egi mengatakan agensi paling banyak mengunakan aktiviti digital melibatkan Kementerian Pelancongan dengan perolehan 44 pakej, diikuti Kementerian Kewangan dengan 17 pakej, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan dengan 14 pakej.

“Tetapi yang uniknya, anggaran terbesar untuk aktiviti digital itu melibatkan Polis Indonesia.

“Walaupun jumlah penggunaan pakej kecil jika dibandingkan dengan Kementerian Pelancongan, nilai perolehannya mencapai Rp937 juta,” jelas Egi.

Tambahnya berdasarkan penemuan itu, ia menunjukkan Jokowi tidak yakin akan pelaksanaan programnya dan mengeluarkan sejumlah bajet untuk mengupah pempengaruh.