JAKARTA: Negara 270 juta jiwa, Indonesia, kini  berada di tangga ke-23 dunia dari segi jumlah kes jangkitan Covid-19 menurut data Worldometers pagi ini.

Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat, secara keseluruhannya kini mencecah hampir 150,000 kes  dengan 6,500 kematian.

Provinsi Jakarta kini mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 32,267 kes, diikuti Jawa Timur (29,715) dan selebihnya di 32 provinsi lain.

 Sebanyak 78,877 pesakit pula masih dalam pemantauan virus itu.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 2,197 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam di republik itu.

Sebanyak 82 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini 6,500 orang.

Indonesia masih bergelut dengan usaha untuk membendung virus itu.