Amerika Syarikat terus berada di tangga teratas dari segi kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 di dunia.

Negara Uncle Sam itu pada pagi ini merekodkan 5.79 juta kes jangkitan dengan hampir 180,000 kematian.

Belum ada tanda bahawa virus itu akan menghilang ketika sebahagian rakyatnya bagai mengambil ringan ancaman virus maut itu.

Berada di tangga kedua dari segi jangkitan dan kematian ialah Brazil, dengan 3.5 juta kes jangkitan dan lebih 113,000 kes kematian.

Di tangga ketiga dari segi kes jangkitan ialah India dengan 2.9 juta kes, diikuti Rusia dengan 946,976 kes.

Ini diikuti Afrika Selatan dengan lebih 603,000 kes jangkitan, menurut angka Worldometers pada pagi ini

Perlu berada di belakang Afrika Selatan dengan lebih 567,000 kes, dan diikuti oleh Mexico dengan lebih 543,000 kes.