Sunday, January 23, 2022

Pesara guru ditemui meninggal semasa joging di Kanowit

Secara Rawak

KANOWIT: Seorang pesara guru meninggal dunia semasa berjoging di kawasan Bukit Memaloh dekat sini petang semalam.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit dalam kenyataan rasmi menyatakan pihak bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian jam 5.44 petang.

Lima anggota BBP Kanowit terlibat dalam operasi menyelamat petang semalam.

Anggota bomba yang tiba dilokasi jam 5.47 petang mendapati mangsa terbaring di atas jalan di kawasan atas Bukit Memaloh.

Mangsa telah disahkan meninggal oleh pihak hospital yang berada di tempat kejadian.

Anggota bomba seterusnya membawa mangsa ke kaki bukit dan seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

Pesara guru berkenaan dikenali sebagai Thomas Laja dan pernah bertugas di SK.Saint Francis Xavier Kanowit.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru