INDIA: Wanita memukul suaminya selepas lelaki tersebut enggan makan kari kentang yang dimasaknya.

Wanita itu memukulnya dengan kayu menyebabkannya cedera di bahu.

Menurut Harshad Gohel, 40 berasal dari Ahmedabad pada malam kejadian dia bertanya dengan isterinya makan yang dimasaknya.

Isterinya Tara Gohel memberitahu, dia memasak kari kentang yang boleh dimakan dengan capati.

Gohel mengatakan dia tidak mahu makan kari kentang kerana doktor melarangnya gara-gara diabetis dihidapinya.

Sebaik Sahaja mendengar jawapannya, isterinya marah dan mengamuk serta terus memukulnya dengan kayu pencuci baju.

Jeritan Gohel yang kesakitan menyebabkan ahli keluarganya menyelamatkannya.

Dia kemudian dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan bahagian bahunya cedera.