DElHI: Pandemik Covid-19 menyebabkan orang ramai terpaksa menggunakan pelitup muka bagi mengelak dijangkiti virus berbahaya itu.

Dalam kelaziman baharu ini, menggunakan pelitup muka adakalanya menyebabkan seseorang tidak selesa dan agak remeh ketika hendak makan atau minum.

Walaupun doktor dan pakar perubatan sudah berkali-kali mengingatkan pemakai pelitup muka ini supaya tidak meletakkan pelitup muka di bawah dagu, tetapi pesanan itu biasanya tidak dipedulikan.

Baru-baru ini doktor di Mumbai, Doktor Aman Srivastava menemui kaedah baru menyelesaikan masalah ini.

Beliau dilaporkan menebuk dua lubang di dagu pesakitnya selepas pesakit tersebut mengadu mengalami simptom dijangkiti Covid-19.

Sebelum ini pesakit itu dikatakan gemar meletakkan pelitup muka di dagunya dan tidak menjaga kesihatan dirinya.

Doktor Aman juga meletakkan pelekat atau plaster perubatan di hidungnya supaya dia tidak dapat mengeluarkan virus itu melalui hidungnya.

Tindakan doktor ini mendapat pujian dari doktor lain dan mahu dia diberikan Hadiah Nobel.

Malah wujud kempen di media sosial yang menyarankan agar meminta bantuan Doktor Aman sekiranya ada kalangan ahli keluarga yang gemar meletakkan pelitup muka di dagu dan bukannya di muka.