PADAWAN: Menteri Muda Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil meluluskan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM 40,000 kepada Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkalan Ampat, Padawan.

Sebelum itu, beliau yang juga ADUN Mambong menerima kunjungan hormat daripada rombongan PIBG SK Pangkalan Ampat di pejabatnya di Kuching.

Rombongan kunjungan hormat itu telah diketuai oleh Yang Dipertua PIBG, Donald Ruan serta Guru Besar SK Pangkalan Ampat, Michael Mileng.

Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan pembangunan kemudahan di sekolah berkenaan.