BINTULU: Kegagalan pihak Pejabat Kesihatan Bintulu memaklumkan keputusan ujian saringan Covid-19 wanita yang baharu pulang dari luar negara menimbulkan kemarahan suami wanita terbabit.

Major Hii Toh Him berkata sehingga hari ini sejak tempoh kuarantin isterinya, Puan Ting tamat pada 10 Ogos lalu, mereka tidak menerima sebarang makluman daripada pihak terbabit berkenaan keputusan ujian saringan Covid-19.

Menurut Hii, isterinya telah menjalani ujian saringan Covid-19 sebanyak empat kali dengan kali pertama pada 26 Julai sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Australia.

Major Hii Toh Him

Pada 27 Julai, isterinya kembali ke Bintulu dan menjalani kuarantin selama 14 hari di salah sebuah hotel bajet di pusat bandar Bintulu.

Dan pada keesokan harinya, 28 Julai, isterinya menjalani ujian saringan Covid-19 untuk kali kedua, diikuti kali ketiga pada 4 Ogos dan kali keempat pada 7 Ogos lalu.

Tempoh kuarantin yang sepatutnya 14 hari, menjadi 15 hari, malah, hingga hari ini keputusan ujian saringan covid-19 isterinya juga tidak dimaklumkan oleh pihak berkenaan.

Menurutnya, isterinya hanya dibenarkan pulang ke rumah pada 10 Ogos jam 1 petang, tetapi, diarahkan oleh pihak Pejabat Kesihatan Bintulu untuk menjalani kuarantin di rumah.

soalannya, mengapa perlu kuarantin lagi di rumah dan mengapa pihak terbabit tidak memaklumkan lebih awal memandangkan keluarganya juga kemungkinan be-risiko disebabkan perkara itu.

Lebih membimbangkan Hii adalah selepas isteri melepasi tempoh kuarantin, mereka telah membeli belah dan makan di beberapa tempat di Bintulu.

Dengan nada marah, beliau mempersoalkan tentang prosedur operasi standard(SOP) jabatan terbabit yang beliau sifatkan sebagai tidak efesien dalam membantu usaha Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya mengekang penularan wabak Covid-19.

Mengapa hingga kini pihak berkenaan gagal memberikan keputusan ujian saringan covid-19, sedangkan Hospital Bintulu dilengkapi makmal untuk tujuan tersebut.

Lebih membimbangkan Hii, peningkatan mendadak kes positif covid-19 hanya kerana sikap sambil lewa kakitangan jabatan berkenaan dalam menangani hal seperti itu.

Tegasnya, kerajaan menerusi kementerian berkenaan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah telah berusaha keras ke arah usaha tersebut.

Terim kasih kepada Kerajaan Negeri sarawak, Ketua Menteri Datuk patinggi Abang Johari Tun Openg, timbalan ketua menteri datuk amar douglas uggah selaku pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bemcana Negeri Sarawak termasuk Ahli Parlimen Bintulu Dato’ Sri Tiong King Sing yang begitu prihatin terhadap isu.