BINTANGOR: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) memainkan peranan penting dalam menggerakkan pembangunan infrastruktur di bandar dan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berharap KMKK menjalankan tanggungjawab itu dengan sebaiknya demi kepentingan rakyat.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Dan Pelanjutan Ketua Masyarakat Daerah Meradong di Bintangor, hari ini.

Datuk Ding menambah, Ketua Kaum perlu peka dengan perkembangan terkini isu-isu semasa dan perlu bijak untuk menilai perkongsian di media sosial yang belum pasti sahih.

Beliau juga berkata, kerjasama kepada kepimpinan kerajaan negeri adalah penting demi usaha menuntut banyak lagi hak yang sepatutnya milik negeri ini.