BETONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu telah melakukan lawatan kerja Rh Lugat di Penyelanih Kiba pada Rabu.

Rombongan tersebut disertai oleh beberapa orang ketua masyarakat, ketua kaum, kaunselor serta ahli-ahli PBB.

Tujuan lawatan adalah bagi menyediakan ruang untuk rakyat menyuarakan keperluan dan permasalahan dan yang dihadapi di kawasan itu.

Dalam lawatan itu, wakil-wakil ketua tampil memberikan penjelasan kepada masyarakat mengenai peranan dan fungsi masing-masing sebagai Ahli Majlis Daerah, Persatuan Gerempung Tuai Rumah serta Ketua Masyarakat dalam pendaftaran perkahwinan mengikut adat istiadat masyarakat iban.

Selain itu, isu mengenai keperluan memiliki fasiliti bagi menghadapi kemarau seperti tangki simpanan air telah diambil perhatian oleh wakil rakyat.

Dimaklumkan juga status permohonan PPRMS bagi penduduk di rumah panjang tersebut telah pun dimasukkan dalam senarai pelaksanaan tahun ini.