SEMATAN: Masih terdapat beberapa perkara yang perlu dibincangkan dan belum diselesaikan mengenai hak-hak yang terhakis di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

Ketua Menteri berkata, Sarawak masih lagi meneruskan rundingan untuk menuntut hak-hak berkenaan.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjelaskan, Kementerian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak sedang mencari perkara lain yang belum diselesaikan.

“Kami hanya menunggu mesyuarat rasmi, kami masih mengejar,” katanya kepada media semalam.

Foto Ghazali Bujang

Beliau berkata demikian sempena lawatan kerja dan majlis pecah tanah masjid dan anjung usahawan Telok Melano di sini semalam.

“”Ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan dan sekirangnya perkara itu dibangkitkan, maka saya akan berbincang dengan Jawatnakuasa Perunding MA63 Sarawak,” jelasnya.

Di Dewan Rakyat baru-baru ini, Timbalan Menteri terbabit dilaporkan berkata, kerajaan dalam fasa akhir memutamadkan komposisi penubuhan majlis khas bagi menyemak pelaksanaan MA63.