Angka kematian akibat Covid-19 terus meningkat. Virus pembunuh itu terus menggila tanpa tanda akan mereda.

Setakat pagi ini sudah lebih daripada 20.78 juta sudah dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia.

Amerika Syarikat terus berada di tangga teratas dari segi kematian dan jangkitan.

Angka kematian hampir mencecah 170,000 dengan lebih daripada 5.35 juta jangkitan.

AS semakin tertekan dan bagai belum dapat mencari jalan keluar.

Berada di tangga kedua dari segi jangkitan ialah Brazil dengan 3.17 kes jangkitan dan lebih 104,000 kematian.

India pula di tangga ketiga dengan 2.39 jangkitan dan lebih 47,000 kematian.

Di tangga keempat ialah Rusia dengan lebih daripada 902,000 jangkitan dan 15,000 kematian.

Manakala di tangga kelima ialah Afrika Selatan dengan lebih 568,000 jangkitan dan 11,000 jangkitan.

Jumlah jangkitan di Peru hampir mencecah 500,000.