ROM: Mahkamah Itali memutuskan Baitulmuqaddis bukan ibu kota Israel. Keputusan dibacakan 5 Ogos menyebut Mahkamah Rom memenangkan dua organisasi pro-Palestin Itali yang bersengketa melawan syarikat penyiaran swasta RAI.

“Itali tidak mengakui Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel,” kata hakim Cecilia Pratesi seperti dikutip Middle East Monitor pada Selasa.

Mahkamah menegaskan  esolusi PBB harus dianggap sebagai undangundang konvensional yang berlaku dalam sistem undang-undang Itali.

“Sudah diketahui umum pada 21 Disember 2017, Itali menyokong Resolusi Majlis Umum PBB yang menolak keputusan AS mengakui Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel,” kata hakim.

Kes di Rom ini bermula daripada polemik acara kuiz di stesen televisyen Itali L’Eredità” 20 Mei lalu.

Ketika itu salah seorang peserta ditanya apakah nama ibu kota Israel. Peserta itu menjawab “Tel Aviv” dan jawapannya dianggap salah.

Pengacara Flavio Insinna menyebut jawapan yang betul ialah Jerusalem (Baitulmuqaddis). Insiden siri televisyen itu mencetuskan perdebatan awam di Itali.

Pada 5 Jun, pengacara Insinna, cuba menenangkan kontroversi bahawa “ada pandangan berbeza berkaitan masalah tersebut”.

Namun, Pertubuhan Palestin di Itali dan Pertubuhan Solidariti Rakyat Palestin tidak puas hati dengan kenyataan berkenaan. Mereka membawa kes ini ke mahkamah.