KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, 95, mengumumkan nama parti politik baharunya, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada Rabu.

Mahathir turut memperkenalkan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, sebagai calon parti baharu itu bertanding.

Bagaimanapun Amir akan muncul sebagai calon bebas kerana Pejuang belum lagi berdaftar secara rasmi.

Mahathir mengatakan Pejuang memiliki enam anggota parlimen dan satu senator yang sebelum ini berasal daripada Parti Bersatu yang turut ditubuhkan oleh Mahathir sendiri pada 2016 untuk mengikuti Pilihan Raya Umum 2018.

Sebelum ini Mahathir menegaskan Pejuang tidak akan menyertai krajaan ketika ini dan turut tidak bersama-sama pakatan pembangkang.