“Saya bangga kerana ini menunjukkan bahawa ada usaha bersungguh-sungguh dalam kalangan warga kerja dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti ke arah pencapaian objektif kemneterian.

“Momentum kecemerlangan ini mesti diteruskan dan menjadi teras kepada budaya kerja organisasi,” katanya pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 KWKPK, pada Rabu.

Dalam pada itu, Dato Sri Fatimah memberitahu, hasil Pemeriksaan Inspektorat Kewangan dari Jabatan Perbendaharaan Negeri menunjukkan KWKPK telah mencapai 82% pematuhan kepada prosedur kewangan pada Disember 2019.

“Pada tahun 2019, Pengauditan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabilit 2018) melaporkan bahawa tahap prestasi pengurusan kewangan KWKPK kurang memuaskan.

“Dengan itu kementerian telah mengenalpasti punca ketidakpatuhan dan menetapkan sasaran 5 bulan bermula 25 Julai 2019 untuk melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan dalam Pengurusan Aset dan Stor dan Pengurusan Kewangan, Perolehan dan Perbelanjaan,” ujarnya.

Selain itu Kementerian juga telah mengambil tindakan pembetulan terhadap penemuan pasukan inspektorat dan memastikan tiada ketidakpatuhan berulang lagi di masa hadapan.

Sementara itu, seramai 40 orang pegawai dan kakitangan KWKPK turut dilaporkan menerima saguhati sempena Majlis APC KWKPK 2019 buat pertama kalinya.