JUMLAH kes positif jangkitan Covid-19 kini melepasi 20 juta.

Menurut data  pagi ini, terdapat pertambahan hampir 200,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan kumulatif terkini sebanyak 20,185,153 kes.

Jumlah kumulatif kes kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia juga terus meningkat kepada 744,365 kes setakat pagi Rabu.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 5.30 juta kes dilaporkan.

AS juga mencatatkan jumlah kematian tertinggi, iaitu 167,562 kes.

Ini diikuti Brazil dengan kes positif jangkitan sebanyak 3.11 juta dengan lebih 103,000 kematian manakala India 2.32 juta dengan lebih 46,000 kematian. 

Rusia dan Afrika Selatan melepasi angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing merekodkan 897,000 kes dan lebih 566,000 kes, menurut Worlodmeters setakat pagi ini.

Tujuh negara lain termasuk Mexico, Peru, Colombia, Chile, Iran, United Kingdom dan Sepanyol pula melepasi angka 300,000 kes positif Covid-19.

Lapan lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 termasuk Arab Saudi, Pakistan, Bangladesh, Argentina, Itali, Turki, Perancis dan Jerman.