MOSCOW: Yakin dengan penemuan vaksin Covid-19, Presiden Vladimir Putin membenarkan vaksin tersebut diuji terhadap anak perempuannya sendiri.

Putin mengaku, salah seorang anak perempuannya turut ambil bahagian dalam ujian tersebut dan sudah menerima dua suntikan.

Putin berkata, anak perempuannya direkodkan memiliki suhu 38 darjah Celcius pada hari pertama vaksin disuntikkan, kemudian suhu badannya turun kepada 37 darjah Celcius keesokan harinya.

Menurut Putin kini anaknya sihat dan memiliki antibodi tinggi.

Memetik Associated Press, Putin berkata beliau sendiri memastikan vaksin tersebut menjalani standard ujian yang tepat dan selamat.