TOKYO: Setiap kali Koji Ishii, 39, menemui sarung tangan di jalanan di sekitar Tokyo, dia berhenti dan mengambil fotonya.

Perkara ini berlarutan 15 tahun. Selepas merakam foto dia akan merekodkan setiap maklumat membabitkan ribuan sarung tangan yang dibuang, ditinggalkan atau tertinggal begitu sahaja di jalan-jalan seluruh Jepun.

Menurut Ishii, selain menjadi peransang, ia juga amat “menjengkelkan” kerana dia akan sentiasa dibelenggu kebimbangan akan menemui sarung tangan pada setiap saat.

Semuanya bermula pada 2004 apabila dia terjumpa sarung tangan pekerja berwarna kuning berdekatan rumahnya. Dia kemudian mengambil foto sarung tangan itu menggunakan telefon yang baru dibelinya.

Bermula dari situ sehingga sekarang dia mengambil foto dan merekkan maklumat sekitar 5,000 sarung tangan termasuk sarung tangan kanak-kanak sehingga golongan tua.

Dia menjumpai mereka dipijak di jalanan, lekat di longkang, di sangkut di kon trafik, di pantai dan pelbagai tempat lain.

Ishii, yang bekerja di sebuah restoran bagaimanapun tidak akan menyentuh sarung tangan yang ditemuinya sebaliknya hanya mengambil foto dan membuat rekod berkaitan tempat ia ditemui.

Isteri dan anaknya amat memahami obsesinya malah kadang-kadang turut memberitahunya lokasi sarung tangan yang pernah ditemui mereka.