GUANGZHOU: Sebuah rumah di China menjadi viral dengan kewujudannya diapit jejambat.

Rumah itu dikenali sebagai “dingzihu” atau “rumah paku” dengan pemilik rumah menolak dibayar pampasan atas pembongkarannya.

Rumah seluas 40 meter tersebut diapit Jejantas Haizhuyong yang baru dibuka di Guangzhou dalam wilayah Guangdong.

Dahulu terdapat 47 rumah dan tujuh kedai di kawasan itu, semuanya pindah September 2019 kecuali Liang.

Pemilik rumah, Liang mengatakan dia tidak mahu pindah kerana dia tidak setuju dengan rumah ganti yang ditawarkan kerajaan.

Liang berkata, “Kamu fikir persekitaran di sini buruk, tapi saya rasa tenang, menyenangkan,” katanya mengutip Daily Mail.

Khabar tidak rasmi mengatakan, Liang minta empat apartmen sebagai pampasan, tetapi kerajaan hanya memberikannya dua buah.

Dalam wawancara lain, Liang mendakwa kerajaan menawarkan rumah terletak di sebelah bilik mayat, menyebabkannya menolak tawaran berpindah.