Korban akibat Covid-19 terus meningkat sejak ia menular di Wuhan, Disember lalu.

Statistik mendedahkan angka kematian global meningkat lebih 4,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kumulatif kematian global akibat Covid-19 kini melebihi 737,900 kes.

Angka yang dijangkiti juga terus meningkat, sehingga pagi ini jumlah kes ialah 20.23 juta.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 166,000 kes.

Angka korban di Brazil melepasi 101,000 kes sekali gus negara kedua yang merekodkan angka kematian.

Mexico dan United Kingdom (UK) masing-masing merekodkan lebih 52,000 dan 46,000 kes korban.

Sementara itu, India, Itali dan Perancis pula masing-masing merekodkan lebih 30,000 korban akibat virus berbahaya itu.

Dua negara terakhir melepasi angka kematian 20,000 ialah Sepanyol dan Peru dengan masing-masing mencatat 28,000 dan 21,000 kes.