BETONG: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah melakukan tinjauan ke tapak projek pembinaan Tebingan Sungai Spaoh pada Ahad.

Kerja-kerja pembinaan projek tersebut sedang giat dijalankan dan kini telah mencapai 73 peratus siap selain mengikut jadual projek.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban itu juga meluangkan masa untuk sesi perjumpaan bersama pihak Pejabat Residen Bahagian Betong dan Majlis Daerah Betong.

Antara yang dibincangkan adalah berkaitan status terkini pelaksanaan program pembangunan Transformasi Luar Bandar (RTP) dan juga projek lain di dalam bidang kuasa masing-masing.

Selain itu Datuk Amar Douglas Uggah mengadakan perjumpaan bersama ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Melayu di Spaoh.