KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Belia dan Sukan selama 22 bulan, kecewa dengan pihak polis.

Sementara mengakui faham bahawa PDRM hanya menjalankan tugas, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, perlu ada belas ihsan dalam menjalankan tugas.

“Kita sesama manusia. Perlu ada belas ihsan. Compassion,” katanya melalui Twitter.

Komen itu susulan seorang individu yang disaman kerana gagal mengenakan pelitup muka dengan sempurna, seperti yang tersebar dalam sebuah video di media sosial.

“Saya faham yang PDRM hanya menjalankan tugas menjaga undang-undang.

But this is not fair! Anak muda yang sekadar buka mask sekejap disaman, tapi VVIP yang bergambar di tempat sesak langsung tak dikenakan tindakan,” katanya.