BATANG AI: Baru-baru ini, Menteri Muda Pembangunan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Malcolm Mussen Lamoh telah membuat pemantauan Projek Rakyat di Batang Ai.

Datuk Malcolm telah meninjau Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Jalan Bara, Sayat ke Kampung Soh.

Selain itu, beliau turut memantau projek yang akan dilaksanakan pada tahun ini iaitu projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bernilai RM 260,000 untuk Rumah Lepang yang ditimpa bencana kebakaran tahun lepas.

Dalam pada itu, beliau turut sempat menyumbangkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada JKKK Rumah Lepang bagi membantu kerja–kerja membina baru rumah panjang yang ditimpa bencana kebakaran tersebut.

Sementara itu, Datuk Malcolm juga telah menyumbang sebanyak RM10,000 kepada Gerempong Indu Rumah Morris, Soh bagi persediaan sambutan Community Extension Programme (CEOP) anjuran Jabatan Pertanian Sarawak.