Angka jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini sudah mencecah 20 juta kes pada pagi ini.

Data terbaharu menunjukkan terdapat pertambahan lebih 200,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Jumlah yang maut pula  sudah merekodkan 733,361 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 5.199 juta kes.

Ini diikuti Brazil dengan kes positif jangkitan sebanyak 3.03 juta kes dan India 2.21 juta kes.

Rusia dan Afrika Selatan masing-masing merekodkan 887,000 kes dan 559,000.

Tujuh negara — Mexico, Peru, Chile,  Colombia, United Kingdom dan Sepanyol pula masing-masing melepasi angka 300,000 kes positif Covid-19.

Mexico sudah merekodkan 475,000 kes, Peru 471,000, Colombia 387,000, Chile 373,000, Sepanyol 361,000 kes. Iran pula 326,000 kes dan UK sebanyak 310,000 kes.

Sementara itu, lapan lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu Arab Saudi, Pakistan, Itali, Bangladesh, Turki, Perancis, Jerman dan Argentina.