SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii telah menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada 40 agensi, kelab dan persatuan.

Majlis penyerahan geran tersebut diadakan di Pusat Khidmat N.45 Repok pada Sabtu.

Pada majlis itu, beliau turut memberi jaminan untuk memberi sokongan kepada pihak sekolah khususnya Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) kerana persatuan tersebut memainkan peranan yang amat penting.

Beliau juga mengingatkan ibu bapa agar sentiasa menjaga dan mengambil berat akan kesihatan anak terutamanya semasa pandemik COVID-19 ini.