KUCHING:  Bukan tidak pernah pendaki sesat di Gunung Santubong yang penuh misteri dan legenda itu.

Terbaharu tujuh pendaki  tersesat di  kawasan hutan  terbabit ketika mendaki Gunung Santubong pada Sabtu. 

Kesemua mangsa berjaya ditemui di Teluk Belian pada jam 7.50 malam apabila dihubungi mangsa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 6.40 petang sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi Komander Operasi melaporkan terdapat tujuh mangsa, lima wanita dan dua lelaki telah tersasar dari laluan dan sesat di kawasan hutan setelah membuat aktiviti pendakian di Gunung Santubung,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.