GEDONG: Penduduk daerah Gedong bakal menikmati kemudahan sukan melalui pembinaan sebuah kompleks sukan dengan kos RM15 juta tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kompleks tersebut akan menyediakan kemudahan terbaik dan serba lengkap kepada penduduk di Gedong.

“Kompleks itu bakal mempunyai kemudahan seperti sebuah padang bola sepak, balapan, trek larian, kolam renang, padang futsal dan sebagainya.

“Projek ini diperuntukan sejumlah RM15 juta dijangka akan ditender pada bulan November tahun ini dan kalau boleh cepat, cepatkanlah sikit,” katanya semasa menghadiri Lawatan ke Tapak Projek Anjung Usahawan Gedong, Simunjan.

Sementara itu, tambah beliau, projek pembinaan kompleks tersebut adalah daripada Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan peruntukan yang telah diluluskan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.