KUCHING: Pelaksanaan Projek Balai Polis Muara Tebingan Sungai Bintangor mengambil masa selama 12 bulan untuk disiapkan dan tarikh lanjutan masa juga telah diberikan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Balai Polis tersebut akan memberi manfaat khususnya dari segi keselamatan kepada penduduk sekitar dan para pelancong memandangkan tebingan Sungai Bintangor akan menjadi laluan pelancong dari Tebingan Kuching hingga ke jambatan baharu di Sungai Bintangor yang bakal menjadi ikon pelancongan yang menarik di bandaraya Kuching.

Sehubungan dengan itu, ia juga akan menjadikan kawasan tersebut lebih mesra dan selamat untuk penduduk setempat dan juga pelancong.

Projek bernilai RM1.6 juta tersebut dilaksanakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan dalam perlaksanaan sebanyak 48% setakat Julai 2020.

Pembinaan Balai Polis ini juga bertepatan dengan konsep ‘Community Policing’.