BINTULU: Seorang maut, manakala seorang lagi cedera ringan apabila Proton Persona yang dinaiki mereka terbabas lalu terbakar di simpang Entulang, Kampung Entulang, Jalan Miri-Bintulu, tengah hari Sabtu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata lapan anggota bomba bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng diketuai PBK II Ellai Bidang dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima menerima panggilan kecemasan pada jam 12.57 tengah hari.

Setiba di lokasi kejadian, katanya, kedua-dua mangsa telah dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam.

Operasi memadam kebakaran yang memusnahkan 100 peratus kenderaan Perodua Persona itu dapat dikawal sepenuhnya pada jam 1.53 petang.