SARATOK: Pagi tadi penduduk di sini digemparkan oleh kemunculan kepulan asap dari Fort Renee yang merupakan antara bangunan tinggalan bersejarah Kerajaan British.

Kepulan asap hitam yang muncul daripada bangunan di atas bukit itu yang bersebelahan dengan Balai Polis Saratok itu menarik perhatian penduduk yang menyaksikannya lantas menghubungi pihak bomba untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Balai BBP Saratok, PPgB Nazry Bin Mohamat berkata, BBP Saratok menerima panggilan kecemasan jam 10.32 pagi.

Kata Nazry, bangunan yang pernah dijadikan Pejabat Daerah Saratok suatu masa dahulu itu pada tahun ini usianya mencecah 132 tahun.

“Setiba dilokasi pihak bomba mendapati kebakaran melibatkan bahagian atau ruang bekas Pejabat Daerah Saratok di bangunan Fort Renee yang jenis struktur kekal yang ada 2 tingkat.

“Kebakaran melibatkan Bilik Mesyuarat Ketua Kampung di tingkat bawah dengan keluasan yg telah terbakar adalah 20 x 40 kaki. Pihak Bomba memadam kebakaran menggunakan sumber pili bomba yang berdekatan .

“Anggaran kebakaran melibatkan 20 peratus dari keseluruhan bangunan. Pihak bomba memadam kebakaran menggunakan sumber pili bomba yang berdekatan.

“Operasi berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak pada jam 10.50 pagi,” ujarnya.

Seramai 6 anggota bomba dengan diketuai oleh PBK II,Yusuf Tamin terlibat dalam operasi.

Agensi lain terlibat ialah Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Relawan Rakyat Malaysia.

Tiada kecederaan berlaku dalam insiden tersebut. Punca kebakaran dan jumlah kerugian kini masih dalam siasatan.