KABONG: Tangkapan berkaitan judi ‘online’ di kawasan ini berterusan apabila seorang lagi lelaki dicekup dalam Ops Dadu yang dilakukan oleh pihak polis di sini petang semalam.

Kali ini pihak polis melakukan serbuan di sebuah di sebuah kedai di Pasar Kabong dan memberkas seorang lelaki berusia 29 tahun.

Serbuan yang dilakukan jam 3.50 oleh pihak polis yang berrindak adalah atas maklumat orang awam.

Dalam serbuan polis menahan seorang lelaki yang berada di dalam kedai tersebut yang disyaki sedang menjalankan kegiatan judi haram iaitu penjualan kad tambah nilai (reload) judi secara ‘online’.

Setelah diperiksa pihak polis mendapati barang-barang yang digunakan untuk penjualan ‘reload’ judi online berada bersama lelaki tersebut.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mordani Tanin mengesahkan perkara berkenaan dan menjelaskan suspek kemudiannya di bawa balik ke Balai Polis Saratok untuk siasatan lanjut di bawah Sek. 4(1)(c) ARJT 1953 kerana menjalankan kegiatan judi ‘online’.

“Pihak polis merampas satu unit telefon bimbit jenama Samsung beserta satu simkad Celcom yang ditanda MH1, dua keratan kertas bertulis ID Judi Atas Talian yang ditanda MH2,satu batang pen dakwat hitam dan wang tunai campur-campur berjumlah RM 41.00.

Suspek kini direman untuk siasatan lanjut.