KUCHING: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) komited untuk mempromosikan Sarawak ke seluruh dunia.

Dalam kenyataan pada Jumaat, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata meskipun terdapat sekatan perjalanan ketika pandemik COVID-19 usaha tersebut tetap diteruskan.

“Pelabur dari Korea Selatan telah menyatakan minat mereka untuk melabur sebanyak RM2.8 bilion di Sarawak,” katanya.

Awang Tengah sebelum itu telah mengadakan mesyuarat secara maya bersama dengan pelabur dari Korea Selatan.

Beliau juga turut memberi jaminan kepada pelabur dari Korea tersebut bahawa MINTRED akan membantu pelabur tersebut dalam memastikan kejayaan pelaksanaan projek mereka di negeri ini.