SRI AMAN: Ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) khususnya di kawasan Balai Ringin perlu terus memainkan peranan dalam membantu masyarakat akar umbi mendapatkan maklumat yang tepat.

Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata, setiap KMKK harus meningkatkan kebolehupayaan dalam menguruskan kampung dan penduduk setempat.

Jelasnya yang juga ADUN Balai Ringin, maklumat yang tepat mengenai dasar kerajaan negeri kepada penduduk kampung penting supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan pihak tidak berkenaan.

Beliau berkata demikian semasa kursus pembangunan kapasiti dan pelancaran Key Perfomance Indicator (KPI) KMKK Daerah Sri Aman serta Majlis Penyerahan Baucer Bantuan Yayasan Sarawak Bagi DUN Balai Ringin Tahun 2020 pada Jumaat.

Sementara itu, Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Elvis Didit berkata, KPI yang baru diperkenalkan di daerah itu juga menentukan pengurusan KMKK lebih cekap dan teratur di samping memantapkan pengetahuan, kemahiran dan sikap KMKK dalam kepimpinan akar umbi.

Ujarnya, Rasional Key Performance indicator juga bertujuan bagi mengukur kebekesanan prestasi KMKK dalam melaksanakan tugas.

“Kapasiti atau kemampuan KMKK perlu ditingkatkan selaras dengan perkembangan semasa,” jelasnya.