ANGKA jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 19,541,219 kes.

Data terbaharu menunjukkan, terdapat pertambahan lebih 200,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kematian sehingga pagi ini menurut Worldometers pula ialah 724,050 kes.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih lima juta kes positif.

Ini diikuti Brazil, dengan kes positif jangkitan sebanyak 2,967,064 dan India, lebih dua juta kes.

Rusia dan Afrika Selatan melepasi angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing merekodkan 877, 135 kes dan 545,476 kes.

Tujuh negara –  Mexico, Peru, Chile, Iran, Columbia, United Kingdom dan Sepanyol pula masing-masing melepasi angka 300,000 kes positif Covid-19.

Mexico kini mencecah hampor 470,000 kes, Peru lebih daripada 463,000 kes dan Chile lebih daripada 366,000 kes.