Saturday, June 25, 2022

Lubang ‘makan’ rim dan tayar kenderaan perlu dibaiki segera

Secara Rawak

KABONG: Lubang ‘makan’ rim dan tayar kenderaan kini resahkan pengguna jalan raya di sini.

Lubang yang terbentuk di atas jalan raya utama di kawasan Kampung Baru dekat sini telah wujud sejak beberapa bulan lalu namun sehingga kini ia terus tidak dibaiki dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Seorang penduduk menghubungi Sarawak Voice memaklumkan masalah itu selepas aduan lisan dan aduan bertulis yang dibuatnya kepada kepada pihak berkenaan tidak mendapat perhatian sewajarnya.

Pengadu yang enggan namanya disiarkan memberitahu lubang tersebut sudah banyak menyebabkan kerosakan tayar dan roda kenderaan kerana lubang berkenaan tidak jelas kelihatan dari jarak jauh.

Beberapa orang pengguna yang bermotosikal telah mengalami kemalangan akibat lubang tersebut.

Lubang itu katanya menjadi lebih bahaya pada waktu malam kerana keadaan di situ gelap. Dia sendiri katanya antara pengguna jalan raya yang telah menjadi mangsa lubang tersebut.

Sehubungan dengan itu pengadu merayu kepada pihak berkenaan supaya mengambil tindakan segera bagi menutup lubang tersebut dan membaiki jalan raya di kawasan berkenaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru