KUALA LUMPUR: Tawaran dana sebanyak RM1 bilion oleh Kerajaan Sarawak bagi membaikpulih bangunan sekolah daif, telah dilaksanakan melalui 3 fasa, mengikut mekanisme khusus yang telah dipersetujui secara bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan l, Muslimin Yahaya, pelaksanaan projek adalah merangkumi pelbagai skop seperti pembinaan bilik darjah, blok pentadbiran, asrama, rumah guru, quarters, dewan makan, pusat sumber, bilik sains, tandas dan kemudahan lain.

“Fasa 1 melibatkan 41 buah sekolah dengan kos projek berjumlah RM350 juta, Fasa 2 melibatkan 53 buah sekolah dengan kos projek berjumlah RM350 juta dan Fasa 3 sedang di muktamatkan senarai dan skop projek oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Kerajaan Negeri Sarawak melibatkan kos projek sebanyak RM300 juta.” jelasnya bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi dalam Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau menambah, terdapat 4 projek dibawah “rolling plan” Ke-4 RMK11 tahun 2020 di Parlimen Igan, berjumlah RM98.5 juta merangkumi SMK Matu, SK Kampung Tebaang, SK Kampung Pergau dan SK Bawang Tian.

“Keempat-empat projek ini dibawah agensi pelaksanaan JKR Sarawak dan berada dalam peringkat pra bina iaitu penyediaan lukisan terperinci dan dokumentasi tender.