GENEVA: WHO bimbang vaksin merawat Covid-19 mungkin tidak ditemui.

Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Gabreyesus berkata, walaupun usaha mencari vaksin dipercepatkan, rawatan sempurna mungkin tidak dijumpai.

Tedros menyarankan rakyat di seluruh negara di dunia agar mengamalkan SOP menentang penularan wabak Covid-19 seperti memakai pelitup muka, penjarakan sosial, mencuci tangan dan menjalani ujian calitan.

Tedros mengaku beberapa vaksin kini dalam fasa ketiga ujian klinikal dan berharap dapat menemui vaksin berkesan membantu mencegah penduduk dunia daripada jangkitan.

Bagaimanapun Tedros berkata pada sidang media di ibu pejabat WHO di Geneva, “ketika ini belum ada penyelesaian dan mungkin ia (vaksin) tidak ditemui.

“Timbul kebimbangan mungkin tiada vaksin berkesan atau perlindungan diberikan hanya bertahan beberapa bulan,” ujar beliau.

“Kami tak tahu selagi ujian klinikal tidak selesai,” kata beliau.

Kini terdapat 18.7 juta kes Covid-19 di seluruh dunia dengan kematian 704,349 orang.