Friday, August 12, 2022

Sarawak punyai lebih 200 pasukan bomba sukarela

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Sarawak mempunyai lebih 200 pasukan bomba sukarela di seluruh negeri yang terbukti keupayaannya dalam membantu mengawal kebakaran.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata pasukan bomba sukarela ini telah dilatih, diberikan kelengkapan asas dan alat pemadam api serta mampu untuk menyekat api daripada menyebar di peringkat awal.

Berdasarkan rekod, pasukan Bomba sukarela ini katanya telah membuktikan kemampuannya apabila berjaya memadam empat kes kebakaran rumah panjang yang berlaku di Kanowit dan Saratok.

“Saya hendak sebut juga Pasukan Bomba sukarelawan banyak telah dibentuk di seluruh negeri Sarawak.

“Mereka telah berjaya, ada empat rekod di sini bahawa bomba sukarela ini sendiri mampu memadam api sendiri di empat rumah panjang,” kata Zuraida ketika menjawab pencelahan Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni semasa sesi penggulungan kementeriannya semalam.

Sehubungan, Zuraida turut menyeru kepada semua Ahli Parlimen untuk mewujudkan lebih banyak pasukan Bomba sukarela dan pasukan bomba komuniti.

Mengenai saranan Ahli Parlimen Sibuti agar satu program diwujudkan kepada golongan wanita yang melibatkan diri dalam sukarelawan Bomba di rumah panjang, Zuraida berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan penglibatan lebih ramai golongan itu.

Katanya, beliau telah melawat hampir 100 balai bomba untuk menyampaikan mesej meningkatkan lagi penyertaan wanita kerana ada tugasan yang memerlukan kepakaran wanita seperti mengadakan kaunseling, menyantuni kanak-kanak, wanita yang trauma dan sebagainya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru