Setakat awal pagi Rabu, 18.69 juta telah dijangkiti Covid-19 sejak virus maut itu dikesan di Wuhan, China pada Disember lalu.

Jumlah kematian menurut Worldometers pula ialah 703,335 orang — dan angka itu dijangka akan terus menuju angka satu juta.

Negara paling teruk dari segi kematian ialah Amerika Syarikat dengan lebih 160,000 kes.

Negara Uncle Sam itu juga berada di tangga teratas dari segi jumlah kes jangkitan — dengan hampir lima juta kes.

Ini disusuli Brazil dengan 96,000 kematian dan 2.8 juta kes jangkitan. 

Brazil dan AS masih bergelut dengan usaha menangani pandemik itu dengan berkesan.

Mexico berada di tangga ketiga dari segi kematian, iaitu 48,000 kes manakala di tangga keempat ialah United Kingdom dengan lebih 46,000 kes, disusuli India dengan lebih 39,000 kes.