KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) sambut baik pengumuman tarikh pembukaan sesi persekolahan 2021 bermula 20 Januari.

Pada sidang Parlimen baru-baru ini, Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin mengumumkan hak tersebut.

Presiden KGBS Ahmad Malie berkata, keputusan itu berdasarkan persetujuan semua pihak dalam perbincangan yang diadakan.

Ujar Malie dalam kenyataan beliau pada Selasa, “kita sambut baik tarikh pembukaan sesi persekolahan 2021 dilewatkan sedikit, setelah mengambil kira cuti akhir tahun 2020 dilewatkan.

Malie berkata, pihaknya yakin KPM mempertimbangkan dari pelbagai sudut sebelum membuat keputusan berkenaan.

“KGBS berharap pihak PGB (pengetua dan guru besar) tidak memanggil warga guru kembali ke sekolah terlalu awal, kerana kita memohon ihsan KPM mengingatkan perkara ini,” ujar Malie lagi.