Friday, October 7, 2022

Isu pencerobohan nelayan asing akan ditangani bersama agensi berkaitan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan Malaysia akan melaksanakan rondaan bersama secara berterusan di dalam kawasan Zon Ekonomi Ekslusif (EEZ) Malaysia sebagai usaha menangani isu pencerobohan nelayan asing.

Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata kementeriannya juga bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya terdapat aduan berkaitan penyalahgunaan kuasa dan integriti dalam kalangan penguasa.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Rakyat semalam bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Seri Tiong King Sing mengenai bidang kuasa Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam isu pencerobohan nelayan asing.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru