KUCHING: Hadiah terindah dan terbaik. 

Itu gambaran tepat diberi oleh Ketua Menteri terhadap langkah Petronas menggugurkan rayuan terhadap tuntutan Kerajaan Sarawak di Mahkamah Tinggi Kuching untuk mengenakan cukai minyak dan gas terhadap syarikat minyak terkemuka itu.

Menurut Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, ia merupakan kemenangan manis bagi Kerajaan Sarawak di bawah kepemimpinannya.

Kebetulan semalam Ketua Menteri meraikan ulang tahun ke-70 dan tindakan Petronas itu disifatkan banyak pihak seolah-olah sebagai kek hari jadi kepada Abang Johari dan hadiah terbaik kepada rakyat Sarawak.

“Kejayaan ini sekali gus membuktikan Sarawak memilik hak mutlak terhadap hasil minyak dan gas yang dikeluarkan Bumi Kenyalang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam satu majlis khas bersama-sama Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Selasa.

“Alhamdulillah apa yang berlaku itu merupakan hadiah terbaik untuk Sarawak. Hal ini membuktikan kita mempunyai hak terhadap hasil minyak dan gas yang dikaut dari sini,” jelasnya.

Dengan itu, jelas Abang Johari lagi, Sarawak akan mempunyai pendapatan tambahan bernilai RM3 bilion,” jelasnya.

Idea atau langkah mengenakan cukai jualan berkenaan dicetuskan oleh  Abang Johari dan mulai dikuatkuasakan pada Januari 2019.

Namun, berbanding dengan syarikat minyak lain, Petronas enggan melangsaikan cukai berkenaan ketika di bawah Kerajaan Pakatan Harapan.