MELBOURNE: Telatah lelaki berjalan di dalam bebola gelembung plastik demi mengelak dirinya daripada jangkitan Covid-19, menyebabkan orang ramai melihat telatahnya ketawa geli hati.

Video lelaki ini dirakam oleh Janine Rigby di bandar Belgrave, Melbourne.

Rigby kemudian memuat naik video tersebut di Facebooknya dan mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu kerana berjaya membuat orang terhibur dengan gelagatnya.

Sambil berjalan di dalam bebola gelembung itu dia turut menyanyikan lagu “Saya lelaki di dalam gelembung!”

Netizen yang melihat videonya memuji kreativitinya dan mengatakan gelembung itu memberi lebih banyak perlindungan daripada memakai pelitup muka.

Ada juga yang memberitahu mahu mengikut jejak langkahnya berjalan di dalam gelembung.