BINTULU: Blok asrama lelaki Sekolah Kebangsaan Sebauh musnah terbakar 7 pagi Rabu ketika pelajar sudah berada di kelas masing-masing.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu bergerak ke lokasi kejadian 7.07 pagi.

Pihak bomba memadam serta mengawal kebakaran mengelak ia merebak ke asrama serta bangunan sekolah berdekatan.

Laporan awal menyebut kebakaran tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.