MIRI: Sebanyak 15 buah mesin ‘Face Recognition Terminal’ yang digunakan untuk mengesan suhu badan, personel identiti dan kehadiran pelajar di sekolah telah disampaikan Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

“Mesin ‘Face Recognition Terminal’ ini merupakan inisiatif saya bagi membantu pihak sekolah memeriksa suhu badan pelajar dan kehadiran mereka sekolah dalam memastikan kesihatan pelajar terpelihara.

“Antara 15 buah sekolah yang menerima ‘Face Recognition Terminal’ ini ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Luak, SK South, Miri, SK St. Columba, SK St. Joseph, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) North, SK Jalan Bintang, SJK (C) Chung Hua Lutong, SK Lutong, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama, Sekolah Menengah (SM) Sains, SMK Luak, SMK St. Joseph, SMK St. Columba, SMK Lutong dan Kolej Tunku Datu Hj Bujang.

“Manakala, SJK (C) Chung Hua Miri pula akan menerima ‘Face Recognition Terminal’ dalam Fasa 2,” katanya dalam Majlis Penyampaian “Face Recognition Terminal” yang diadakan di Dewan SJKC Chung Hua Miri pada Selasa.

Hadir sama Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Miri, Sektor Pengurusan Sekolah Mohamad Effendi bin Panglima, wakil Smart Pass Management Platform Brennan Lee dan wakil-wakil dari pihak sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau.