KUCHING: Kerja baik pulih Jambatan Sungai Maong bermula Isnin lepas dan selesai hujung bulan ini, 31 Ogos.

JKR Kuching dalam kenyataannya memberitahu agar pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati semasa memandu di lokasi berkenaan sepanjang tempoh penyelenggaraan.

Pengguna turut digalak menggunakan laluan alternatif sehingga tamat kerja baik pulih berkenaan.