DAKLAK: Vietnam kini mengunci wilayah di kota Buon Ma Thuot, Daklak mulai Isnin.

Ahad lepas didapati muncul tiga kes Covid-19.

Menteri Kesihatan Vietnam Ban Me Thought mengatakan ketiga-tiga mereka yang positif virus tersebut di Daklak baru kembali dari Danang, pusat pelancongan terkenal yang menjadi pusat penyebaran Covid-19.

Setelah tiga bulan Vietnam sifar jangkitan Covid-19, negara itu menutup Danang setelah mengesan berlaku penyebaran wabak ovid-q9 di bandar itu.

Di Daklak, sekitar 7,000 orang dikuarantin termasuk 157 di antaranya berada di fasiliti kuarantin dan 67 di pusat perubatan.

Menurut Voice of Vietnam, kerajaan tempatan mengunci empat jalan di Buon Ma Thuot.

Setakat ini ada empat kem kuarantin pesakit Covid-19 didirikan di Daklak.

Sepanjang seminggu, Vietnam melaporkan 205 kes jangkitan Covid-19; dengan 30 kes import, enam dari jangkitan setempat dan bakinya dari kluster Hospital Danang.

Hingga kini tercatat 621 kes Covid-19 di Vietnam dengan enam kematian direkodkan.