WASHINGTON: Tiktok ditutup 15 September kecuali Microsoft atau syarikat lain dapat membelinya,” kata Presiden AS Donald Trump kepada media seperti dilapor AFP Pada Selasa.

Media melaporkan, menurut Microsoft melalui blog rasminya, CEO Satya Nadella berbincang dengan Trump berkaitan pembelian TikTok tersebut.

Microsoft dikatakan sedia berbincang untuk menyelidik perlunya membeli TikTok di AS.

Sebelum ini, Fox News pada Ahad melaporkan Menteri Luar AS Mike Pompeo menyatakan TikTok dilarang demi melindungi keselamatan nasional AS.
 
Pompeo mendakwa TikTok dan syarikat aplikasi China lain yang beroperasi di AS seperti WeChat membekalkan data peribadi warga AS kepada Parti Komunis China.

Beliau turut mendakwa data peribadi warga AS yang dikumpulkan syarikat seperti TikTok membekalkan pola pengenalan wajah, alamat, nombor telefon termasuk rakan yang terhubung dengan pengguna lain.

Microsoft dikatakan berminat memiliki saham Tiktok dan membincangkan pembelian aplikasi berkenaan.